Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk.
1. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau
tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu.
2. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga
memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut
ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala
ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa
mabuk laut.
3. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk
laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini
boleh menahan tekak dari merasa loya.
4. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk
laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi
mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan
menjadi segar semula.
5. bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah
kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah
sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
6. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai
sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
7. Makan PISANG
KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan
sedikit air limau sebelum memakannya.
8. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh
sepanjang kita memancing.
9. Tumbuk LADA
HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum
ke laut.
10. Sebelum memancing , jangan
minum minuman yang BERKRIM ATAU
BERSUSU. Seeloknya bawa AIR
OREN sebagai minuman semasa memancing.
"SELAMAT
MENCUBA"
"SELAMAT MEMANCING & MENCANDAT SOTONG"
No comments:
Post a Comment